Showing posts with label Inspirasi. Show all posts

Kerjasama Pertama Brilliant bersama ECS Prima Global Enterprise

Alhamdulillah, hari ini dalam sejarah di mana ECS Prima Global Enterprise selaku pengedar utama produk permainan Eksplorasi Cabaran Sejarah atau ECS bersetuju untuk bekerjasama dengan syarikat Brilliant Inspiration. Usahasama ini termeterai setelah pihak Brilliant meyakini akan keberkesanan produk ini dalam meningkatkan lagi keputusan cemerlang para pelajar sekolah menengah di dalam subjek sejarah.



Menurut Mohd Lotfi Amir, Pengurus Ekskutif Brilliant Inspiration, peluang ini datang tepat pada masanya. 


"Syarikat Brilliant ini masih baru. Masih bertatih, namun peluang sebegini mampu mengajar kami banyak benda. InshaaAllah dengan usahasama ini, kami dari Brilliant mampu membantu meningkatkan lagi jualan produk ini menerusi program-program motivasi kita."

Menurut Mohd Anuaruddin bin Ahmadon, Pengarah Pengurusan dan Pembangun Perisian ECS ini, permainan ini memang sangat menarik dan memudahkan para pelajar memahami sejarah.

"Kita sudah sedia maklum, bahawa subjek Sejarah ini merupakan subjek yang boring kerana pelajar dikehendaki mengingati fakta dan harus membaca dengan banyak. Tidak semua pelajar mampu untuk berbuat sedemikian. Oleh itu, permainan ini didatangkan khas untuk membantu pelajar-pelajar ini dalam mempelajari subjek Sejarah. Permainan yang dimainkan seolah-olah seperti permainan Saiyida di mana pemainnya harus membaling dadu untuk mengetahui berapa langkah harus dia tempuhi sehinggalah tamat permainannya."

Annuar sedang menerangkan perihal ECS

Tambahnya lagi, permainan ini ada cabaran-cabaran yang tertentu di mana pemain haruslah menjawab beberapa soalan berupa sejarah, dan yang paling penting, ianya mengikuti piawaian peperiksaan serta mengikuti silibus pelajaran sekolah menengah. 

"Para pemain mampu membina rumah serta bangunan disetiap perhentian, sebagai hadiah. seperti Saidina, di mana pemain lawan terpaksa membayar cukai/tol/sewa rumah sekiranay mereka melalui rumah yang dibina oleh kita," terang Anuar lagi dengan panjang lebarnya.

Mesyuarat yang turut dihadiri oleh Abdul Ba'ith bin Ahmadon, Pengurus Operasi ECS Prima Global Enterprise ini berjalan dengan lancarnya. kata sepakat sudah pun diambil, dan Brilliant Inspiration akan meluaskan skop 'inpisari'nya melalui pengedaran perisian permainan Eksplorasi Cabaran Sejarah (ECS), inshaaAllah.

Hidup Menuju Kematian

foto: Amirul Mat Adam
editor: -RS-
lokasi: Masjid Puteh, Marang

Apabila Merah Bertemu Biru


Tepat pada pukul 3 pagi tadi, tidak ramai yang berkumpul di kantin di mana RS berada. Kantin atau kafe Bilal yang bertempat di Mahallah (asrama) Bilal, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sentiasa menerima kunjungan peminat fanatik sebuah kelab bola sepak yang berpengkalan di Manchester, England. Oh, bukan Manchester City, kawan-kawan, tetapi kelab yang sudah menjulang kejuaraan Liga Perdana sebanyak 20 kali, iaitu Manchester United.



Manchester United atau singkatannya Man Utd menerima kunjungan Chelsea pada awal pagi tadi. Dengan Man Utd dibimbingi Pengurus baru, David Moyes yang menggantikan Sir Alex Ferguson, pasti ramai yang ingin mengikuti perkembangan kelab ini. Sedikit demi sedikit kunjungan para pelajar datang untuk menonton perlawanan yang dijangka sengit ini. Mourinho pula memang menjadi perencah yang cukup hebat untuk menghiasi drama Liga Perdana Inggeris unuk musim ini.

Oleh sekarang ini merupakan minggu cuti buat para mahasiswa di UIAM, kafe Bilal kali ini menyambut para peminat Man Utd dan Chelsea yang terdiri daripada mahasiswa Ipt yang lain di mana mereka ini sedang berjuang dalam MASUM (Pertandingan Sukan antara Universiti). Baiklah. RS pada kali ini ingin bercerita mengenai corak permainan kedua-dua kelab ini dan cuba mencari inspirasi di dasar permainan ini.

Man Utd turun dengan kesebelasan yang agak menyakinkan. De Gea tetap menjadi penjaga gol no. 1 di Old Trafford, dan sudah pasti Robin Van Persi atau RVP kekal menjadi penyerang tunggal Man Utd. Yang mengejutkan adalah penyenaraian Wayne Rooney yang menimbulkan kontroversi untuk meninggalkan United sejak musim lalu. Sudah pasti, apakah komitmen Rooney bersama United atau cuba 'mengkhianati' kelab yang menjaganya sejak 8 tahun yang lalu?

Pemain tengah yang terdiri daripada Carrick dan Cleverley juga menjadi sandaran utama Moyes untuk menyekat Lampard dan kawan-kawan. Chelsea tidak menggariskan kesebelasan yang 'hebat' kerana membaris beberapa pemain yang baru serta tidak menggunakan penggempur utama mereka seperti Torres atau Lukaku. Barisan muda seperti Oscar dan Hazard menjadi sandaran penggempur Mourinho manakala Terry tetap di belakang bersama Ashley Cole dan yang lain bagi mengekang RVP dan Rooney.

Perlawanan bermula. Memang menyakinkan persembahan Man Utd sejak dari minit pertama lagi. Penguasaan bola tuan rumah cukup bergaya dan ini menyebabkan penyokong Chelsea tidak senang duduk. Namun begitu, di sebalik penguasaan tersebut, serangan Man Utd agak tumpul, di mana RVP dan Welbeck hanya mampu me'libas' bola sepak di luar gawang gol Chelsea. Rooney pula mendapat beberapa peluang namun tendangannya yang lemah pantas ditangkap mudah oleh Peter Chech.

Chelsea pula dengan garangnya berjaya membawa bola ke kotak penalti Man Utd dan berjaya merembat tepat namun digagalkan oleh De Gea. RS cuba mencari adakah Moyes berjaya membentuk inspirasi baru buat skuadnya ataupun 'The Special One' mampu mencuri inspirasi Moyes dalam mengalahkan Man Utd di rumah mereka sendiri? Ya, kedua-dua mereka memang mencari tumpuan dengan mengolah serta mencorakkan permainan mereka sendiri. Inspirasi kedua-dua jurulatih ini berjaya mengubah sedikit permainan melalui beberapa pertukaran, namun gol masih kemas dijaga oleh kedua-kedua pasukan. 

Perlawanan pada malam tadi juga diadili dengan sebaiknya oleh pengadil perlawanan, namun beberapa keputusan yang dilakukannya menadapat kritikan pengkritik Bola Sepak Astro. Sebagai contoh, terjahan keras Valencia (Man Utd) sepatutnya dihadiahkan kad merah, namun hanya amaran sahaja yang diberikan. Pertahanan Chelsea, de Bruyne cuba mencuri bola daripada RVP, namun bentesan yang dilakukannya menyebabkan RVP terjatuh, walau bagaimanapun, RVP sempat menyiku pertahanan tersebut sehingga sedikit berdarah di bibirnya. Pengadil sebaliknya melayangkan kad kuning kepada de Bruyne atas kesalahannya menolak RVP.

Penaltikah?
Man Utd juga sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti, namun dinafikan oleh pengadil walaupun jelas di skrin televisyen bola tersebut terkena tangan pemain Chelsea. Akhirnya, perlawanan ini berkesudahan 0-0, dan penulis merasakan peminat Man Utd tidak terlalu kecewa kerana persembahan Man Utd tetap bertenaga, manakala peminat Chelsea mungkin tidak berpuas hati dengan persembahan 'lembik' pasukan kesayangan mereka walaupun Mourinho 'pulang' membimbing Chelsea. 

RS: Semangat betul, penyokong Man Utd di Old Trafford. Bingit dan meriah. Mungkin itu 'inspirasi' yang aku rasa boleh dicuri sepanjang 90+3 di Old Trafford, Manchester, England!

Inspirasi Milik Semua Makhluk

Menonton bola sepak secara amnya memberikan keghairahan kepada rata-rata peminat fanatik sukan ini. Di mana-mana tempat pun, hatta di tempat yang paling jauh di atas muka bumi ini, pasti mengenali apakah itu bola sepak. Di sebalik keghairahan pertempuran di padang, sokongan yang tidak berbelah bahagi oleh para peminat serta kekuatan kewangan syarikat-syarikat yang memiliki sukan ini, jauh di dasarnya ada sesuatu yang cukup memberikan inspirasi.

RS kali ini ingin menyingkap 'inspirasi' sebenar di sebalik sukan yang digemari oleh lautan manusia di dunia ini. Nak tahu? Di sini RS kepilkan sebuah video daripada youtube yang menggambarkan bagaimana bola sepak dan sukan-sukan lain mampu memberikan inspirasi kepada pencinta sukan tersebut.



Bukan itu sahaja, RS yakin di Malaysia, negara kita, pasti ada inspirasi-inspirasi di dalam sukan ini. RS cukup mengagumi bagaimana Kelantan (The Red Warriors) meng'inspirasi'kan golongan muda melalui semangat kesukanan yang ditunjukkan di dalam gambar-gambar di bawah.


Gambar di atas menunjukkan bahawa semangat kebaikan dalam meraikan golongan yang kurang kelebihan tetap diutamakan selain mengaut keuntungan di dalam perniagaan bola sepak. Persatuan dengan kerjasama beberapa syarikat sanggup membawa anak-anak yatim agar dapat menonton perlawanan bola sepak melibatkan pasukan The Red Warriors secara langsung. Bukan itu sahaja, kenangan dengan bergambar bersama bintang TRW serta membawa pulang cenderahati dari pasukan no. 1 di Malaysia ini mampu memberikan inspirasi serta motivasi yang tinggi kepada anak-anak yatim ini.

RS berharap semangat memberikan inspirasi kepada sesiapa sahaja mampu dilaksanakan oleh mana-mana badan atau individu. Ya, inspirasi adalah milik semua makhluk yang mendiami muka bumi ini.