Kerjasama Pertama Brilliant bersama ECS Prima Global Enterprise

Alhamdulillah, hari ini dalam sejarah di mana ECS Prima Global Enterprise selaku pengedar utama produk permainan Eksplorasi Cabaran Sejarah atau ECS bersetuju untuk bekerjasama dengan syarikat Brilliant Inspiration. Usahasama ini termeterai setelah pihak Brilliant meyakini akan keberkesanan produk ini dalam meningkatkan lagi keputusan cemerlang para pelajar sekolah menengah di dalam subjek sejarah.



Menurut Mohd Lotfi Amir, Pengurus Ekskutif Brilliant Inspiration, peluang ini datang tepat pada masanya. 


"Syarikat Brilliant ini masih baru. Masih bertatih, namun peluang sebegini mampu mengajar kami banyak benda. InshaaAllah dengan usahasama ini, kami dari Brilliant mampu membantu meningkatkan lagi jualan produk ini menerusi program-program motivasi kita."

Menurut Mohd Anuaruddin bin Ahmadon, Pengarah Pengurusan dan Pembangun Perisian ECS ini, permainan ini memang sangat menarik dan memudahkan para pelajar memahami sejarah.

"Kita sudah sedia maklum, bahawa subjek Sejarah ini merupakan subjek yang boring kerana pelajar dikehendaki mengingati fakta dan harus membaca dengan banyak. Tidak semua pelajar mampu untuk berbuat sedemikian. Oleh itu, permainan ini didatangkan khas untuk membantu pelajar-pelajar ini dalam mempelajari subjek Sejarah. Permainan yang dimainkan seolah-olah seperti permainan Saiyida di mana pemainnya harus membaling dadu untuk mengetahui berapa langkah harus dia tempuhi sehinggalah tamat permainannya."

Annuar sedang menerangkan perihal ECS

Tambahnya lagi, permainan ini ada cabaran-cabaran yang tertentu di mana pemain haruslah menjawab beberapa soalan berupa sejarah, dan yang paling penting, ianya mengikuti piawaian peperiksaan serta mengikuti silibus pelajaran sekolah menengah. 

"Para pemain mampu membina rumah serta bangunan disetiap perhentian, sebagai hadiah. seperti Saidina, di mana pemain lawan terpaksa membayar cukai/tol/sewa rumah sekiranay mereka melalui rumah yang dibina oleh kita," terang Anuar lagi dengan panjang lebarnya.

Mesyuarat yang turut dihadiri oleh Abdul Ba'ith bin Ahmadon, Pengurus Operasi ECS Prima Global Enterprise ini berjalan dengan lancarnya. kata sepakat sudah pun diambil, dan Brilliant Inspiration akan meluaskan skop 'inpisari'nya melalui pengedaran perisian permainan Eksplorasi Cabaran Sejarah (ECS), inshaaAllah.

0 comments: