Tokoh Agung 'Bangkit' November Ini

Rasulullah (صلی اللہ علیہ وسلم) telah bersabda yang bermaksud: 

Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.
Siapakah tokoh yang hebat ini? 'Raja' inilah yang merealisasikan sabda Nabi Muhammad (صلی اللہ علیہ وسلم) dengan izin Allah. Kekuatan ahli tenteranya memang diceritakan sepanjang zaman. Kekuatan dalam serta luaran pasti menjadi igauan musuh-musuh Islam ketika itu. 'Raja' ini jugalah merupakan seorang Raja yang tidak pernah meninggal solat wajib, tahajjud dan sunat rowatib sepanjang hidupnya setelah baligh. Raja yang dimaksudkan adalah Sultan Muhammad al-Fateh, pembuka Kota Constantinople yang kini dikenali sebagai Istanbul.

Oleh kerana kepimpinan beliau yang sememangnya layak dipuji, malah sepatutnya juga dijadikan ikon dan idola kepada anak-anak muda Islam di alaf kini, pihak Brilliant Inspiration atas semangat pencari Inspirasi dan berkongsi Inspirasi yang sama bakal mengadakan sebuah seminar yang bertajuk Merungkai Sejarah Sultan Muhammad al-Fateh: Inspirasi Yang Tersembunyi.

Seminar ini bakal mengundang dua personaliti yang hebat di lapangan motivasi dan pencetus inspirasi iaitu Ustaz Sya'ari Abd Rahman dan personaliti TV al-Hijrah, saudara Amin Idris. Seminar ilmu ini nanti akan mengcungkil rahsia-rahsia kepimpinan anak muda berjiwa besar ini dan bagaimana untuk melahirkan generasi al-fatih beralaf baru demi kepentingan ummah sejagat.


Jadi, mengapa tunggu lagi? Daftar dengan kami sekarang, Brilliant Inspiration untuk mengikuti seminar ini secara langsung di UIAM. Tempat akan kami tetapkan kemudian lantaran Auditorium Utama UIAM kini sudah ditempah oleh organisasi lain pada hari berkenaan.

0 comments: